TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TOK BALI DAN KELANTAN penuhilah malam anda dengan bersiar-siar pula di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Pasar ini adalah pasar malam 24 jam yang sangat meriah terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Lihatlah pelbagai ragam peniaga dan pembeli di pasar ini.

Wakaf Che Yeh
Jika hari ketiga hari terakhir anda, anda boleh check in lebih awal sebelum ke Pasar Siti Khadijah.
Di Pasar Siti Khadijah, beli ole-ole seperti keropok segera, keropok
mentah, serunding daging, dodol. Pilihan kain batik yang berkualiti juga
boleh didapati disini. Pada masa yang sama boleh breakfast di Pasar
Siti Khadijah iaitu di medan selera tingkat 1.

Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km
pemanduan penuh panorama ke selatan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Di
sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris
di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk
tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan.
Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil
tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga
Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan.
Pasar basar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali)
sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti
ikan, udang dan sotong.

Pasar tiba merupakan tempat pendaratan ikan terbesar dinegari kelantan. boleh dikatakan separuh daripada nelayan di negeri kelantan ni mendaratkan ikannye di sini.
No comments:
Post a Comment