Saturday, 12 November 2016

AGENSI PELANCONGAN DI KELANTAN

AGENSI PELANCONGAN



Alfa Car Rental Kota Bharu
Kota Bharu, Kelantan
016-4408910, 014-2308910
We provided Car Rental services. Perkhidmatan kami adalah yang terbaik, kami janji kami cuba memberikan yang terbaik. Semua Condition kereta kami adalah yang terbaik. Penghantaran disediakan disekitar bandar Kota Bharu(a…
Travel And ToursTransport Services : ConsumerVehicle RentalsTravel & Tourism Services

Mount Bromo Tour Package
www.javawisataindonesia.com, Kelantan
085259487941
1. Bromo Midnight | Bromo Sunrise Travel program: Pick-up in place of departure (the city of Malang / Surabaya), departing at 01:00 am in the morning, activities visit: Peak Panajankan to see the sunrise, sea of ​​sand, …
Bus Tour Agenciesbus toursTour OperatorsAir Ticket Agencies

xcell travel & tours management sdn. bhd
Kota Bharu, Kelantan
010-9282086
we are inbound malaysia travel agent we also have a shuttle services from kota bharu airport to hotels and our primary service are provide land transfer from Kota Bharu To Jetty Kuala Besut and go to Perhentian Island. …
bus toursTour OperatorsSightseeing ToursTours

Hotel Raudah-
Kota Bharu , Kelantan
0109202188
Hotel Raudah kota bharu kelantan hotel- hotel for family and executives Hotel murah dan selesa di pusat bandar kota bharu, kelantan Clean, Cheap & Good Hotel in Kota Bharu City Center, Kelantan Malaysia kemudahan/acc…
Tour OperatorsAir Ticket AgenciesHotel Reservation ServicesTravel And Tours

Hotel Rebana
Kota Bharu, Kelantan
609-7476040 / +609-7477040
hotel selesa dan murah di bandar kota bharu dari RM80 kemudahan : free internet wireless, business center, food court
Bus Tour AgenciesTravel & Tourism Servicesself catering apartmentsRedang Island

HOSTEL AN NUR
KOTA BHARU, Kelantan
097461648
cheap accomodation in kota bharu, kelantan? hostel an-nur
Resort Reservation ServiceTour OperatorsHotel Reservation ServicesTours

Heritage One Stop Travel & Tours Sdb Bhd
Kota Bharu, Kelantan
609-7472877
Tour OperatorsTravel ToursTravel And ToursTours

Yakin Travel Agency
Kota Bharu, Kelantan
609-7443136
Tour OperatorsAir Ticket AgenciesToursTravel Agent

Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd
Kota Bharu, Kelantan
609-7443136
Umrah & HajBus Tour Agenciesbus toursTour Operators

Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd
Kota Bharu, Kelantan
609-7443136

Thursday, 10 November 2016

TEMPAT PENGINAPAN YANG MENARIK
Bagi golongan yang kaya mereka akan memilih hotel perdana di tengah-tengah pusat bandar kota baharu. hotel ini bertaraf 5 bintang
Hotel renaissance juga menjadi tarikan di kelantan
bagi golongan pertengahan pula banyak terdapat hotel-hotel bajet seperti hotel suri ini
bagi yang suka suasana kampung. terdapat banyan homestay disekitar kota baharu, bachok,dan pasir putih

PETA PELANCONGAN DI KELANTAN




Kelantan Darul Naim (Jawi: کلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.



MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

TOK AMAN BALI BEACH RESORT
kawasan ini berhampiran dengan beberapa pantai yang terkenal contohnya pantai Tok Bali,Pantai Bisikan Baya dan Pantai Bukit Keluang









                                                Pemandangan TOK AMAN BALI BEACH RESORT
             tempat di TOK AMAN BALI BEACH RESIRT ini sesuai untuk golongan yang ingankan permandangan yang cantik dan tempat nya menghadap pantai. jika pengunjung inginkan suasana chalett banyak di dekitarnya.

                                                          SERI NIPAH RESORT
Tempat ini juga sesuai untuk pelancong yang ingin betul-betul untuk merehatkan fikiran.tempatnya bersebelahan dengan TOK AMAN BALI BEACH RESORT sahaja. jika pelancong ingin kan suasana kampung,ini lah tempat nya.



                                                            PANTAI TOK BALI























TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TOK BALI DAN KELANTAN                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   penuhilah malam anda dengan bersiar-siar pula di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Pasar ini adalah pasar malam 24 jam yang sangat meriah terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Lihatlah pelbagai ragam peniaga dan pembeli di pasar ini.

Wakaf Che Yeh
                                                           Wakaf Che Yeh                                                   
                                                                                                                                                                                                                                Jika hari ketiga hari terakhir anda, anda boleh check in lebih awal sebelum ke Pasar Siti Khadijah. Di Pasar Siti Khadijah, beli ole-ole seperti keropok segera, keropok mentah, serunding daging, dodol. Pilihan kain batik yang berkualiti juga boleh didapati disini. Pada masa yang sama boleh breakfast di Pasar Siti Khadijah iaitu di medan selera tingkat 1.

Pasar Siti Khadijah Kelantan
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km pemanduan penuh panorama ke selatan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Di sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk tempatan, bunyinya  seperti bisikan yang menenangkan.        
                                                                                                                                                                           Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan. Pasar basar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong.
tok-bali
      Pasar tiba merupakan tempat pendaratan ikan terbesar dinegari kelantan. boleh dikatakan separuh daripada nelayan di negeri kelantan ni mendaratkan ikannye di sini.

 MAKANAN MENARIK DI KELANTAN.



surprise Nasi Kerabu



Nasi Kerabu yang sebenarnya asal dari Kelantan ini merupakan salah satu nasi yang unik kerana warna nasinya yang berwarna biru. Nasi kerabu ini dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,ulam,  keropok kering, jeruk, telur masin dan salad. Selain itu, anda juga boleh memilih lauk untuk dimakan dengan nasi kerabu ini.Walaubagaimanapun, nasi kerabu juga sering dimakan dengan solok lada dan keropok goreng. Nasi kerabu merupakan salah satu makanan yang sangat popular di negeri-negeri pantai timur dan nasi kerabu juga sangat mudah didapati di negeri-negeri lain.


surprise Nasi Manis



Nasi manis atau dikenali sebagai wajik ini salah satu makanan tradisional Negeri Kelantan. Nasi manis ini merupakan sejenis pulut yang rasanya agak manis dan kebiasannya nasi manis ini di makan begitu sahaja tanpa lauk. Di Kelantan, nasi manis ini akan dibuat sebagai pencuci mulut atau manisan untuk majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan. Nasi manis ini juga mudah untuk didapati di Kelantan terutamanya di kebanyakkan warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi. Nasi manis itu juga digelar sebagai pulut pagi oleh orang-orang tua dikampung.
Kuih Butir Nangka



Kuih Butir Nangka ini dibuat seperti pengat yang mempunyai kuah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan dan juga Terengganu. Kuih butir nangka ini dibuat dengan menggunakan beras pulut,santan dan nisan (gula melaka).Untuk mendapat warna hijau, daun pandan akan dikisarkan tetapi pada masa kini, kuih butir namgka ini bukan sahaja menggunakan warna hijau malahan dibuat dengan pelbagai warna. Kuih butir nangka ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya digelar kuih butir nangka kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka.

surprise Kuih Akok



Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan juga Terengganu terutamanya pada bulan puasa. Terdapat 5 jenis kuih akok,antaranya ialah kuih akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk dan akok pisang.Pada kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.

surprise Ayam Percik Kuah Putih



Ayam percik merupakan salah satu makanan yang cukup popular diMalaysia. Tetapi tahukah anda yang ayam percik di Kelantan merupakan ayam percik lain daripada yang lain kerana mereka menggunakan kuah yang berwarna putih. Rasanya ayam percik kuah putih seharusnya berlainan kerana rasanya yang sangat lemak dan rasa bau arang yang dibakar. Ayam percik kuah putih ini juga sangat popular di Kelantan                                                                                                   
#1 Alemy Meggi Ketam
Bangunan MDPP, Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh
Alemy Meggi Ketam merupakan salah satu menu paling hangat di Kelantan masa kini. Ianya menjadi buruan pelancong tempatan yang bercuti ke Kelantan. Malahan terdapat beberapa restoran yang menghidangkan megi ketam ini untuk santapan pelanggan.
Namun antara yang paling menyerlah adalah Alemy Meggi Ketam yang terletak di Cherang Ruku. Ada yang menggelarnya megi ketam Cherang Ruku. Megi ketam di sini dimasak menggunakan ketam nipah segar. Ianya kemudian dihidangkan di dalam periuk tanah untuk menaikkan aroma serta mengekalkan suhu megi yang amat sedap dimakan ketika panas.

Alemy Meggi Ketam Alemy Meggi Ketam


Setiap hidangan menggunakan dua ekor ketam nipah yang bermula daripada saiz yang kecil sehinggalah kepada saiz yang besar. Harganya tertakluk kepada saiz ketam yang digunakan dan juga harga pasaran ketam semasa. Biasanya harga setiap hidangan bermula daripada RM20 sehinggalah kepada RM50.

 Melihat Alemy Meggi Ketam yang mendidih dihadapan kita dengan dua ekor ketam bertakup di atasnya dengan wap serta aroma yang menyelerakan, periuk tanah itu boleh dikososngkan dalam masa yang amat singkat.

#2 Kedarotippaye ( Kedai Roti Tempayan )


Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai

Kedai ini lebih merupakan sebuah warung, akan tetapi kualiti makanan yang disajikan boleh dianggap bertaraf restoran. Terletak berhampiran simpang tiga Guchil-Kuala Krai, warung ini menyajikan roti tempayan yang asli yang dianggap terbaik di Kelantan.

Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya. Tidak kurang juga dengan pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa.
Kedai Roti Tempayan

Kari daging mahupun ayam selain ikan adalah kuah yang sering menjadi pilihan pelanggan selain daripada kari kambing yang dianggap amat memenuhi selera pengunjung di sini. Tetapi satu kuah yang begitu istimewa adalah kari kepala ikan yang sangat sedap.

Selain roti tempayan, terdapat juga makanan ala mamak yang lain seperti roti canai, murtabak dan sebagainya. Harganya juga amat berpatutan.

#3 Kopitiam Kita


4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu

Kopitiam Kita adalah sebuah kafe untuk sarapan yang paling popular di Kota Bharu atas alasan kunjungan yang berterusan daripada masyarakat setempat mahupun pengunjung dari luar. Malahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.
Kopitiam Kita 
Kopitiam Kita

Untuk berlaku adil, makanannya juga amat unik dan memikat yang terdiri daripada himpunan nasi dan juga kuih muih dari seluruh pelusuk Kelantan. Daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini. Menjadikan ianya merupakan “one stop center” kepada makanan Kelantan.

Tidak dilupakan adalah Roti Titab yang dianggap menu ‘signature’ kafe Kopitiam Kita ini. Dengan telur separuh masak yang tertancap diatas roti bakar, dengan mudah selera kita tercuit. Tak kurang juga nasi kerabu dan kuih muih serta manisan yang sesuai untuk minum pagi. Minumannya juga boleh dianggap amat baik dan harga seta servisnya amat baik dan professional.Memang terbaik kedai Kopitiam Kita.

#4 Nasi Kak Wook


Jalan Masji Lundang, Kota Bahru

Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan nasi Kak Wook yang amat popular di Kota Bharu. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Nasi Kak Wook.

Menunya amat mudah dengan nasi berlauk ayam goreng berempah dan juga gulai ayam. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.
 Nasi Kak Wook Lundang

AKTIVITI MENARIK DI KELANTAN DAN TOK BALI




Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sekitar Bukit Keluang



Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di Kuala Besut, Terengganu yang yang jaraknya 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.

Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sana bersama rakan-rakan, mahupun keluarga tersayang. Yang paling hangat sekarang adalah aktiviti Paragliding di Bukit Bubus, berdekatan dengan Bukit Keluang. Selain paragliding, aktiviti lain juga apa lah kurang nya. Jom tengok:

Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sekitar Bukit Keluang

1. Paragliding
paragliding di bukit bubus
Paragliding bermaksud sejenis sukan di mana seseorang itu meluncur menggunakan payung terjun lebar setelah melompat dari satu ketinggian atau ditarik pada ketinggian tertentu. Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti ini anda boleh lihat di artikel ini: Paragliding di Bukit Bubus berdekatan Bukit Keluang


2. Banana Boat ke Pulau Rhu
Banana Bot Bukit Keluang
Aktiviti menaiki banana boat dekat Bukit Keluang ini masih lagi baru, dan memang menarik untuk dilakukan dengan kawan-kawan. Sedikit informasi, Banana Boat ini boleh dinaiki seramai 6-7 orang pada satu-satu masa dengan bayaran serendah RM10 seorang. Segala tempahan boleh hubungi: 013-977 9677


3. Hiking di Bukit Keluang: View Sunrise (Matahari terbit)
hiking bukit keluang
Puncak Bukit Keluang yang landai memanjang di tepi jurang sebelah laut sepanjang laluan bercerunan antara 80 hingga ketinggian 90 darjah panjang kemuncak lebih kurang 1.5 km. ketinggian Bukit keluang lebih kurang 200 meter atau 600 kaki saja. Pendakian hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Waktu sesuai untuk memulakan pendakian adalah pada pukul 6.30 pagi, selepas subuh.




PESTA WAU PADA SETIAP TAHUN DI KELANTAN AKAN MEMYAMBUT PENGUNJUNG YANG HADIR


bagi yang meminati sejarah jambatan kereta api terpanjang di malaysai yang terletak di tanah merah. suasana disini banyan peninggalan sejarah.


.                                      
PUSAT BEBES CUKAI RATAU PANJANG DAN PENGKALANG KUBUR
MASJID KAMPUNG LAUT merupakan masjid tertua dinegeri ini.seni binanya yang unik menjadi tarikan kepada pengunjung. sebab apa dianya unik,binaan masjid ini tidak menggunakan satu batabg paku pun untuk menyambung kayu nya.