AKTIVITI MENARIK DI KELANTAN DAN TOK BALI
Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sekitar Bukit Keluang
Bukit Keluang mempunyai tarikan
tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara
dengan keindahan dan keunikannya. Bukit ini terletak di Kuala Besut,
Terengganu yang yang jaraknya 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.
Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh
lakukan di sana bersama rakan-rakan, mahupun keluarga tersayang. Yang
paling hangat sekarang adalah aktiviti Paragliding di Bukit Bubus,
berdekatan dengan Bukit Keluang. Selain paragliding, aktiviti lain juga
apa lah kurang nya. Jom tengok:
Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sekitar Bukit Keluang
1. Paragliding
Paragliding bermaksud sejenis sukan di
mana seseorang itu meluncur menggunakan payung terjun lebar setelah
melompat dari satu ketinggian atau ditarik pada ketinggian tertentu.
Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti ini anda boleh lihat di artikel
ini: Paragliding di Bukit Bubus berdekatan Bukit Keluang
2. Banana Boat ke Pulau Rhu
Aktiviti menaiki banana boat dekat Bukit
Keluang ini masih lagi baru, dan memang menarik untuk dilakukan dengan
kawan-kawan. Sedikit informasi, Banana Boat ini boleh dinaiki seramai
6-7 orang pada satu-satu masa dengan bayaran serendah RM10 seorang.
Segala tempahan boleh hubungi: 013-977 9677
3. Hiking di Bukit Keluang: View Sunrise (Matahari terbit)
Puncak Bukit Keluang yang landai
memanjang di tepi jurang sebelah laut sepanjang laluan bercerunan antara
80 hingga ketinggian 90 darjah panjang kemuncak lebih kurang 1.5 km.
ketinggian Bukit keluang lebih kurang 200 meter atau 600 kaki saja.
Pendakian hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak.
Waktu sesuai untuk memulakan pendakian adalah pada pukul 6.30 pagi,
selepas subuh.
PESTA WAU PADA SETIAP TAHUN DI KELANTAN AKAN MEMYAMBUT PENGUNJUNG YANG HADIR |
No comments:
Post a Comment