Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km
pemanduan penuh panorama ke selatan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Di
sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris
di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk
tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan.
Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil
tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga
Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan.
Pasar basar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali)
sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti
ikan, udang dan sotong.
No comments:
Post a Comment