Thursday, 10 November 2016

 MAKANAN MENARIK DI KELANTAN.



surprise Nasi Kerabu



Nasi Kerabu yang sebenarnya asal dari Kelantan ini merupakan salah satu nasi yang unik kerana warna nasinya yang berwarna biru. Nasi kerabu ini dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,ulam,  keropok kering, jeruk, telur masin dan salad. Selain itu, anda juga boleh memilih lauk untuk dimakan dengan nasi kerabu ini.Walaubagaimanapun, nasi kerabu juga sering dimakan dengan solok lada dan keropok goreng. Nasi kerabu merupakan salah satu makanan yang sangat popular di negeri-negeri pantai timur dan nasi kerabu juga sangat mudah didapati di negeri-negeri lain.


surprise Nasi Manis



Nasi manis atau dikenali sebagai wajik ini salah satu makanan tradisional Negeri Kelantan. Nasi manis ini merupakan sejenis pulut yang rasanya agak manis dan kebiasannya nasi manis ini di makan begitu sahaja tanpa lauk. Di Kelantan, nasi manis ini akan dibuat sebagai pencuci mulut atau manisan untuk majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan. Nasi manis ini juga mudah untuk didapati di Kelantan terutamanya di kebanyakkan warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi. Nasi manis itu juga digelar sebagai pulut pagi oleh orang-orang tua dikampung.
Kuih Butir Nangka



Kuih Butir Nangka ini dibuat seperti pengat yang mempunyai kuah. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan dan juga Terengganu. Kuih butir nangka ini dibuat dengan menggunakan beras pulut,santan dan nisan (gula melaka).Untuk mendapat warna hijau, daun pandan akan dikisarkan tetapi pada masa kini, kuih butir namgka ini bukan sahaja menggunakan warna hijau malahan dibuat dengan pelbagai warna. Kuih butir nangka ini mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya digelar kuih butir nangka kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir biji nangka.

surprise Kuih Akok



Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan dan juga Terengganu terutamanya pada bulan puasa. Terdapat 5 jenis kuih akok,antaranya ialah kuih akok nisan, akok daun pandan, akok kemboja, akok berlauk dan akok pisang.Pada kebiasaannya, kuih akok ini boleh didapati dengan 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini berlainan akibat dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.Kuih akok ini asalnya daripada Pattani yang merupakan tempat yang berhampiran dengan Kelantan.

surprise Ayam Percik Kuah Putih



Ayam percik merupakan salah satu makanan yang cukup popular diMalaysia. Tetapi tahukah anda yang ayam percik di Kelantan merupakan ayam percik lain daripada yang lain kerana mereka menggunakan kuah yang berwarna putih. Rasanya ayam percik kuah putih seharusnya berlainan kerana rasanya yang sangat lemak dan rasa bau arang yang dibakar. Ayam percik kuah putih ini juga sangat popular di Kelantan                                                                                                   
#1 Alemy Meggi Ketam
Bangunan MDPP, Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh
Alemy Meggi Ketam merupakan salah satu menu paling hangat di Kelantan masa kini. Ianya menjadi buruan pelancong tempatan yang bercuti ke Kelantan. Malahan terdapat beberapa restoran yang menghidangkan megi ketam ini untuk santapan pelanggan.
Namun antara yang paling menyerlah adalah Alemy Meggi Ketam yang terletak di Cherang Ruku. Ada yang menggelarnya megi ketam Cherang Ruku. Megi ketam di sini dimasak menggunakan ketam nipah segar. Ianya kemudian dihidangkan di dalam periuk tanah untuk menaikkan aroma serta mengekalkan suhu megi yang amat sedap dimakan ketika panas.

Alemy Meggi Ketam Alemy Meggi Ketam


Setiap hidangan menggunakan dua ekor ketam nipah yang bermula daripada saiz yang kecil sehinggalah kepada saiz yang besar. Harganya tertakluk kepada saiz ketam yang digunakan dan juga harga pasaran ketam semasa. Biasanya harga setiap hidangan bermula daripada RM20 sehinggalah kepada RM50.

 Melihat Alemy Meggi Ketam yang mendidih dihadapan kita dengan dua ekor ketam bertakup di atasnya dengan wap serta aroma yang menyelerakan, periuk tanah itu boleh dikososngkan dalam masa yang amat singkat.

#2 Kedarotippaye ( Kedai Roti Tempayan )


Sebelah Stesen Minyak Caltex, Guchil 2, 18020 Kuala Krai

Kedai ini lebih merupakan sebuah warung, akan tetapi kualiti makanan yang disajikan boleh dianggap bertaraf restoran. Terletak berhampiran simpang tiga Guchil-Kuala Krai, warung ini menyajikan roti tempayan yang asli yang dianggap terbaik di Kelantan.

Rotinya diadun dengan resipi tradisi dan di bakar di dalam tempayan dengan arang menjadikan aroma serta kelembutan aslinya amat mudah memerangkap selera sesiapa yang mencubanya. Tidak kurang juga dengan pencicahnya yang terdiri daripada pelbagai jenis kari atau gulai bercirikan Kelantan yang amat pekat dan berperisa.
Kedai Roti Tempayan

Kari daging mahupun ayam selain ikan adalah kuah yang sering menjadi pilihan pelanggan selain daripada kari kambing yang dianggap amat memenuhi selera pengunjung di sini. Tetapi satu kuah yang begitu istimewa adalah kari kepala ikan yang sangat sedap.

Selain roti tempayan, terdapat juga makanan ala mamak yang lain seperti roti canai, murtabak dan sebagainya. Harganya juga amat berpatutan.

#3 Kopitiam Kita


4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu

Kopitiam Kita adalah sebuah kafe untuk sarapan yang paling popular di Kota Bharu atas alasan kunjungan yang berterusan daripada masyarakat setempat mahupun pengunjung dari luar. Malahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.
Kopitiam Kita 
Kopitiam Kita

Untuk berlaku adil, makanannya juga amat unik dan memikat yang terdiri daripada himpunan nasi dan juga kuih muih dari seluruh pelusuk Kelantan. Daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini. Menjadikan ianya merupakan “one stop center” kepada makanan Kelantan.

Tidak dilupakan adalah Roti Titab yang dianggap menu ‘signature’ kafe Kopitiam Kita ini. Dengan telur separuh masak yang tertancap diatas roti bakar, dengan mudah selera kita tercuit. Tak kurang juga nasi kerabu dan kuih muih serta manisan yang sesuai untuk minum pagi. Minumannya juga boleh dianggap amat baik dan harga seta servisnya amat baik dan professional.Memang terbaik kedai Kopitiam Kita.

#4 Nasi Kak Wook


Jalan Masji Lundang, Kota Bahru

Tidak banyak yang perlu dikatakan berkenaan nasi Kak Wook yang amat popular di Kota Bharu. Kedai ini telah diusahakan turun temurun sejak bertahun yang lampau. Setiap warga Kota Bharu pasti tahu dan pernah merasai keenakan Nasi Kak Wook.

Menunya amat mudah dengan nasi berlauk ayam goreng berempah dan juga gulai ayam. Apa yang menjadikannya amat istimewa adalah rasa rempah ayam gorengnya yang begitu unik dan tidak akan didapati di tempat lain.
 Nasi Kak Wook Lundang

No comments:

Post a Comment